Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro paling ‘Hype’ dengan cip pemproses terpantas, Snapdragon 855 Plus

realme X2 Pro paling ‘Hype’ dengan cip pemproses terpantas, Snapdragon 855 Plus 1

realme X2 Pro Malaysia
Kurang setahun, realme telah membawa satu fenomena dalam industri teknologi telefon pintar. Berdasarkan kajian Counterpoint, bagi suku ketiga Q3 2019, realme telah diangkat sebagai salah satu jenama Global Top 7 Smartphones dengan 17 juta pengguna berdaftar.

Kejayaan realme ini tidak datang bergolek namun dicapai melalui usaha keras syarikat seiring slogan ‘Dare to Leap’. Inilah yang menjadi jati diri keluarga besar realme yang sentiasa memberikan inovasi secara konsisten dan prestasi penggunaan telefon pintar terbaik buat pengguna.

realme X2 Pro adalah model yang sangat dinantikan pada tahun 2019 dan sekali lagi, realme smartphone Malaysia menzahirkan permintaan peminat dengan membawa masuk telefon pintar dengan cip pemproses kelas flagship terbaik dunia Snapdragon 855 Plus, terpantas bagi mana-mana telefon Android.

Snapdragon 855 plus malaysia

Satu fakta menarik, realme X2 Pro telah diangkat antara model telefon pintar elit terpilih untuk menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 Plus yang dikeluarkan oleh Qualcomm.

Cip pemproses 7nm Snapdragon 855 Plus adalah edisi terbaru bagi kelas flagship. Ianya meningkatkan 15% prestasi penggunaan grafik dan prestasi CPU, sebagai penambahbaikan berbanding Snapdragon 855.

realme X2 Pro paling ‘Hype’ dengan cip pemproses terpantas, Snapdragon 855 Plus 2
Apabila dibandingkan dengan Snapdragon 855, pemproses terbaru yang digunakan pada realme X2 Pro menawarkan 5% peningkatan prestasi bagi satu teras CPU dan 15% peningkatan didalam pemprosesan grafik.

Snapdragon Elite Gaming

Cip Snapdragon 855 Plus juga menyokong Snapdragon Elite Gaming dan pengunaan skrin paparan Quad HD+ untuk pengalaman gaming dan multimedia yang luar biasa.

realme X2 Pro paling ‘Hype’ dengan cip pemproses terpantas, Snapdragon 855 Plus 3

AI kini merupakan satu aspek penting didalam industri telefon pintar dan menyedari perkara ini, cip Snapdragon 855 Plus hadir dengan kebolehan pemprosesan AI yang tiga kali ganda lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Nantikan pelancaran realme X2 Pro yang hadir dengan pemproses Snapdragon 855 Plus di Malaysia tidak lama lagi.

realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.