Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia umumkan harga baru bagi Honor 20, Honor 20 Pro dan Honor 20 Lite

Honor 20 Malaysia
Honor Malaysia telah mengumumkan
 bahawa kesemua model didalam siri Honor 20 kini akan ditawarkan dengan harga penjualan yang lebih murah iaitu serendah RM 799 sahaja.

tiga model didalam siri Honor 20 adalah Honor 20 Pro, Honor 20 dan Honor 20 Lite yang mana harga asalnya adalah RM 2,299, RM 1,699 dan RM 949.

 Berikut adalah harga baru siri Honor 20 :

Model

RRP (RM)

RRP Terkini (RM)

HONOR 20 PRO (8+256GB)

2,299

1,999

HONOR 20 (6+128GB)

1,699

1,399

HONOR 20 Lite

949

799

 

Harga penjualan baru ini boleh dinikmati melalui pembelian di HONOR Experiential Stores (HES), hihonor, Shopee, Lazada dan semua wakil sah Honor.

Selain itu, pembelian Honor 20 atau Honor 20 Pro sebelum 31 Disember ini membolehkan anda menikmati 2 tahun jaminan waranti melalui kempen Rileks, Beli Je 1+1 ( tambahan waranti ditebus melalui aplikasi HiCare didalam masa 7 hari selepas pembelian).

Maklumat lanjut mengenai kempen Rileks, Beli Je campaign, layari: https://www.hihonor.com/my/rileks-beli-je-warranty.html

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.