Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A9 2020 ‘Vanilla Mint’ akan dibuka untuk pra-tempahan pada 21 November ini

Oppo A9 2020 ‘Vanilla Mint’ akan dibuka untuk pra-tempahan pada 21 November ini 1

Oppo A9 2020 ‘Vanilla Mint’ akan dibuka untuk pra-tempahan pada 21 November ini 2
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Oppo A9 2020 warna Vanilla Mint akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 21 – 27 November ini.

Selain pengumuman tempoh pra-tempahan, Oppo juga mengumumkan promosi menarik bagi pembeli terawal ini dimana setiap pra-tempahan akan menerima waranti skrin selama setahun bernilai RM 99 dan baucar ais krim Baskin-Robbins secara percuma.

Oppo A9 2020 ‘Vanilla Mint’ akan dibuka untuk pra-tempahan pada 21 November ini 3

Terus ke spesifkasi, Oppo A9 2020 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Oppo A9 2020 juga akan hadir dengan tetapan quad-camera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor lensa lebar 8MP 119 darjah + sensor mono 2MP + sensor makro 2MP selain kamera selfie 16MP.

Oppo A9 2020 juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, pembesar suara stereo Dolby Atmos, ColorOS 6.1 yang berasaskan Android Pie dan sensor capjari dibelakang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.