Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Malaysia mengesahkan vivo S5 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Vivo S5 Malaysia
Selepas memperkenalkan Vivo S1 ke pasaran Malaysia
 beberapa bulan lalu, vivo kini telah mengesahkan satu lagi model didalam siri vivo S akan memasuki pasaran tempatan.

Vivo telah mula memuat naik teaser di media sosial mereka yang menyuruh peminat meneka model vivo S yang akan dilancarkan.

berdasarkan pelancaran vivo S5 di China dua hari lalu, adalah jelas bahawa vivo S5 akan turut memasuki pasaran Malaysia.

Vivo S5 Malaysia

Vivo S5 ini hadir dengan skrin paparan punch hole Super AMOLED berukuran 6.44-inci (1080p), pemproses Snapdragon 712 berkelajuan 2.3GHz, sehingga 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Vivo S5 Malaysia

Bercakap mengenai aspek fotografi, Vivo S5 hadir dengan tetapan quad-kamera yang unik dibelakang dimana susunan kamera seperti bentuk berlian adalah berbeza daripada apa yang pernah ditawarkan dipasaran.

Sensor kamera yang digunakan adalah sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 5MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah unit 32MP.

Vivo S5 Malaysia

Selain itu, Vivo S5 juga  hadir dengan FunTouch OS 9.2  berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4,010mAh dan sensor capjari pada skrin.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.