Asus ZenBook Duo dan ZenBook Pro Duo dengan dwi skrin kini di Malaysia dengan harga dari RM 4,699
Asus secara rasminya telah melancarkan komputer riba dwi-skrin pertama didunia ke pasaran Malaysia iaitu Asus ZenBook Duo dan Asus ZenBook Pro Duo.
Kedua-dua komputer riba terbaru Asus ini memiliki skrin kedua yang dikenali sebagai ScreenPad Plus iaitu diatas papan kekunci.
ScreenPad Plus menawarkan pelbagai fungsi tambahan yang telah direka khas oleh Asus dan ianya hadir dengan posisi yang ergonomik untuk digunakan bersama stylus dan papan kekunci.
Asus ZenBook Duo dan ZenBook Pro Duo juga hadir dengan reka bentuk engsel ErgoLift yang memberikan kecondingan papan kekunci sebanyak 5.5° darjah dan ini memberikan anda pengalaman menaip yang lebih selesa, penyejukan dan kualiti audio yang lebih baik.
Berikut adalah spesifikasi Asus ZenBook Duo
Skrin : 14” – LED-backlit 1080p + ScrenPad Plus 12.6” (1080p)
Pemproses : Intel Core i7-10510U/Intel Core i5-10210U
Grafik : NVIDIA GeForce MX250 (2GB GDDR5 VRAM)
RAM : 8GB i5 / 16GB i7 2133MHz LPDDR3
Storan : 512GB PCle
Audio: ASUS SonicMaster stereo – Harmon Kardon
Kamera : IR webcam dengan Windows Hello
WiFi : Wi-Fi 6 with Gig+
Bluetooth : 5.0
Asus ZenBook Duo hadir dengan harga penjualan RM 4,699 bagi versi Intel i5 manakala versi Intel i7 pula ditawarkan pada harga RM 5,699.
Asus ZenBook Pro Duo adalah model yang lebih premium dan membawakan skrin paparan 4K UHD berukuran 15.6-inci selain ScreenPad Plus juga pada resolusi 4K.
Berikut adalah spesifikasi utama Asus ZenBook Duo :
Skrin : 15.6” – 4K OLED + ScrenPad Plus 12.6” (4K)
Pemproses : Intel Core i9-9980HK / Intel Core i7-9750H
Grafik : NVIDIA GeForce RTX 2060 (6GB GDDR6 VRAM)
RAM : 32GB 2133MHz LPDDR3
Storan : 1TB PCle
Audio: ASUS SonicMaster stereo – Harmon Kardon
Kamera : IR webcam dengan Windows Hello
WiFi : Wi-Fi 6 with Gig+
Bluetooth : 5.0
Asus ZenBook Pro Duo hadir dengan harga penjualan RM 12,999 bagi versi Intel i7 manakala versi Intel i9 pula hadir dengan harga penjualan RM 15,999.