Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A9 2020 akan hadir dengan pilihan warna baru tidak lama lagi

Oppo A9 2020
Oppo A9 2020 mungkin hanya beberapa bulan sahaja di pasaran, namun Oppo Malaysia telah mengumumkan penawaran warna baru bagi telefon pintar ini.

Warna baru ini adalah satu yang baru dipasaran dan ianya adalah satu campuran yang seakan krim (macam ais krim paddlepop).

Oppo A9 2020 Malaysia

Menyentuh spesifkasi Oppo A9 2020 ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Oppo A9 2020 akan hadir dengan pilihan warna baru tidak lama lagi 3

Oppo A9 2020 juga akan hadir dengan tetapan quad-camera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor lensa lebar 8MP 119 darjah + sensor mono 2MP + sensor makro 2MP selain kamera selfie 16MP.

Oppo A9 2020 juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, pembesar suara stereo Dolby Atmos, ColorOS 6.1 yang berasaskan Android Pie dan sensor capjari dibelakang.

Harga penjualan bagi Oppo A9 2020 ini masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.