Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan menjadi syarikat pertama untuk melancarkan telefon pintar 5G yang lebih murah

Samsung Galaxy A71 Malaysia

Teknologi 5G dilihat sudah mula menerima perhatian serius daripada pengeluar telefon pintar selepas banyak Syarikat telekomunikasi mula mempersiapkan infrastrukur 5G ini.

Walaupun sudah ada telefon pintar 5G di pasaran dunia termasuk di Malaysia, telefon pintar dengan kebolehan menyokong rangkaian generasi baru ini boleh diklasifikasikan sebagai model premium dipasaran.

Samsung nampaknya ingin mengubah perkara ini dan ianya akan menjadi antara syarikat pertama untuk menawarkan telefon pintar 5G yang lebih mampu milik.

Menurut sumber dalaman, Samsung Galaxy A71 akan menjadi satu model telefon pintar 5G mampu milik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Telefon pintar dengan nombor model SM-A716B telah dikesan yang mana ianya adalah varian bagi pasaran China yang buat masa ini merupakan pasaran 5G terbesar didunia. Walaubagaimanapun varian antarabangsa dengan nombor model SM-A7160 dijangka akan turut dilancarkan.

Samsung Galaxy A71 ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Exynos 980 yang menyokong 5G dan rangkaian Wi-Fi 6.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.