harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung umumkan Exynos 980 dengan sokongan 5G dan sensor kamera 108MP

Samsung Exynos 980 5G SoC

Samsung umumkan Exynos 980 dengan sokongan 5G dan sensor kamera 108MP

Selepas melancarkan Samsung Galaxy A90 5G, Samsung secara rasminya telah mengumumkan penawaran cip pemprosesan telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Samsung Exynos 980 kini telah diumumkan secara rasmi dan ianya mempunyai kebolehan untuk menyokong rangkaian 5G sehingga 2G dengan kelajuan muat turun sehingga 3.55Gbps.

winner78

Exynos 980 hadir dengan reka bentuk cip 8nm yang mana ianya terdiri daripada 2 cip Cortex-A77 dan 6 cip Cortex-A55 dengan tugas grafik bagi gamin intensiti tinggi diuruskan oleh Mali G-76.

Selain itu, Exynos 980 juga mempunyai prestasi AI yang lebih memberangsangkan iaitu hampir 2.7 kali ganda lebih baik berbanding cip sebelum ini dengan NPU terbina pada CIP.

Exynos 980 juga mampu menyokong pengunaan sensor kamera sehingga 108MP dan terdapat juga kebolehan merakam video 4K pada resolusi 120fps.

Samsung Exynos 980 akan mula dikilangkan lewat tahun ini dan ianya mungkin akan digunakan pada telefon pintar Samsung Galaxy S11 awal tahun hadapan.

Samsung Galaxy A90 5G dilancarkan secara rasmi pada harga yang lebih mampu milik

sumber

harimaubet