Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Honor V30 akan dilancarkan 26 November ini dengan skrin 90Hz, 5G dan sensor 60MP Sony

Honor V30 dan V30 Pro Malaysia
Sedang Honor Malaysia sibuk didalam pelancaran Honor 9X ke pasaran Malaysia, Honor China pula telah mengesahkan pelancaran Honor V30 dan Honor V30 akan berlangsung pada 26 November ini.

Honor V30 dan Honor V30 Pro adalah model yang mungkin dikenali sebagai Honor View30 dan Honor View30 Pro apabila ianya memasuki pasaran antarabangsa hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Selain itu, Honor V30 dan Honor V30 Pro juga dijangka akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G dengan pengunaan cipset Kirin 990.

Honor V30 yang akan hadir dengan harga penjualan yang lebih murah dikatakan akan menggunakan paparan LCD ‘dual-punch hole’ manakala Honor V30 Pro mungkin disertakan dengan skrin paparan OLED 90Hz.

Selain itu, Honor V30 dan Honor V30 Pro juga akan menyokong pengecasan pantas 40W dengan teknologi kamera yang mana sensor utama dikatakan adalah Sony IMX600/686 dengan resolusi 60MP.

Sama-sama kita nantikan pelancaran siri Honor V30 didalam masa 14 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.