vivo memfailkan paten bagi logo 6G yang akan hadir dengan kelajuan 1TB
Sedang dunia bersiap sedia untuk memasuki era komunikasi 5G, vivo dalam pada itu telah memulakan proses R&D didalam teknologi 6G mereka.
Pada 22 Oktober, vivo telah memfailkan paten bagi logo 6G dengan EUIPO (European Union Intellectual Property Office) yang melihatkan komitmen vivo untuk menjadi antara syarikat pertama didunia untuk melancarkan telefon pintar dengan sokongan 6G.
Walapun 5G masih baru, teknologi 6G dikatakan akan menjadi penyelesaian kepada pelbagai cabaran didalam komunikasi dan pertumbuhan teknologi AI dan peranti IoT.
Hak cipta 6G yang difailkan vivo diuraikan sebagai produk dan perkhimatan termasuk telefon pintar, perisian komputer, peranti pemakaian, headphone mudah alih, rangkaian selular dan komunikasi.
Piawaian 6G dijangka tidak akan selesai sehingga 2030 namun selepas 5G, teknologi 6G dijangka akan membawa kelajuan internet ke tahap 1TB dengan latensi sifar.
Sebagai rekod, vivo merupakan syarikat telefon pintar pertama untuk melancarkan telefon pintar 5G mereka ke pasaran Malaysia.