Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme umumkan Buds Wireless,Buds 2 dan Powerbank 18W pada harga serendah RM 39 sahaja

realme malaysiaselain pelancaran realme XT di Malaysia, realme juga telah mengumumkan penawaran beberapa aksesori realme yang terbaru untuk pasaran tempatan.

Aksesori realme yang kami maksudkan adalah realme buds wireless, realme Buds 2 dan realme Power Bank.

realme Buds Wireless adalah adalah buds tanpa wayar yang hadir hasil kerjasama dengan Alan Walker dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 149 dengan pra-tempahan dibuka di Shopee mulai hari ini didalam dua pilihan warna iaitu hitam atau kuning.

realme Buds 2 Malaysia

selain realme Buds Wireless, realme turut menawarkan realme Buds 2 yang ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam atau kuning. realme Buds 2 akan ditawarkan dengan harga penjualan RM 49 – akan ditawarkan pada harga RM 39 ketika penjualan ‘Shocking Sale’ di Shopee.

realme Powerbank malaysia

realme Powerbank 10,000mAh turut diumumkan untuk pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 129 dan ianya hadir didalam dua warna iaitu kelabu dan kuning.

Realme Powerbank

powerbank hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W dengan slot USB-A dan USB-C. Satu lagi ciri menarik realme Powerbank ini adalah ianya menyokong pengecasan’bi-directional’ yang mana anda boleh mengecas powerbank dan peranti serentak.

Kesemua aksesori realme ini ditawarkan secara eksklusif di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.