ULASAN : Samsung Galaxy Note10+ – reka bentuk baru, dalaman yang lebih kurang sama
Menjelang bulan Ogos setiap tahun, dunia telefon pintar akan bersedia untuk menyaksikan pelancaran generasi baru Samsung Galaxy Note pada tahun ini sudah memasuki generasi ke-9 iaitu Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+
Walaupun kini sudah menggunakan angka 10, ianya adalah generai ke-9 yang mana Samsung tidak menggunakan nama Galaxy Note 6 pada generasi ke-6 dan terus angka 7.
Samsung Galaxy Note 10 dan Samsung Galaxy Note 10+ hadir ke pasaran dengan beberapa penambahbaikan drastik berbanding Galaxy Note 9.
Ini adalah ulasan Samsung Galaxy Note10+ yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 3,799.
Reka bentuk & Skrin paparan
Antara kelebihan telefon pintar Galaxy Note10+ ini adalah pada reka bentuk dimana permukaan hadapan kini hampir 100% skrin manakala panel belakang berasakan gelas menyempurnakan lagi imej telefon pintar mewah ini.
Warna panel gelas aura glow semestinya merupakan antara warna unik dipasaran dan ianya pasti akan menarik minat sesiapa yang terlihat kelibat telefon pintar ini.
Walaubagaimanapun pengunaan panel ini menjadikanya sebagai satu magnet capjari yang pasti akan mencemarkan sedikit imej telefon pintar premium ini.
Pengunaan rangka keluli didalam warna krom bersama-sama panel gelas auro glow adalah sangat sempurna.
Pengunaan butang kuasa pada sisi kiri Galaxy Note10 ini sedikit membuat kami tidak biasa dengan posisi baru ini kerana kebanyakkan telefon pintar Android meletakkan butang kuasa disebelah kanan kerana jari kanan yang lebih dominan.
Skrin paparan Galaxy Note10+ bukanlah sesuatu yang kecil dipasaran namun dengan reka bentuk skrin Infinity-O (punch-hole) membolehkan Samsung menolak nibah skrin kepada badan ke tahap yang maksimum.
Ianya adalah panel skrin Dynamic AMOLED berukuran 5.8-inci dengan resolusi 1440 x 3040 pikse yang memberikan kepadatan piksel 498ppi dan terdapat juga sokongan HDR10+
Skrin yang digunakan pada Galaxy Note10+ ini boleh dikatakan sebagai antara panel skrin yang terbaik di pasaran.
Galaxy Note10+ kini kehilangan slot bicu audio 3.5mm dengan butang suara dan butang kuasa pula berada di bahagian sisi kiri telefon yang pasti akan mengambil masa untuk biasa khususnya bagi yang sudah biasa dengan peranti yang mempunyai butang kuasa iaitu bahagian kanan yang lebih dominan.
Selain itu, Penawaran kamera selfie terbina yang terletak ditengah bahagian atas skrin menambahkan lagi keunikan telefon pintar Galaxy Note10+ ini.
Pemproses
Bergantung kepada pasaran, Samsung Galaxy Note10+ ditawarkan didalam dua jenis pemproses iaitu dengan Snapdragon 855 atau Exynos 9825 dan kami 100% pasti bahawa model yang dijual adalah yang memiliki pemproses Exynos.
Pemproses ini adalah versi Exynos 9820 yang telah ditambah baik dan telah digunakan pada Galaxy S10+ dan ianya juga disertakan dengan 12GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.
Prestasi Samsung Galaxy Note10+ sepanjang kami menggunakanya sebagai ‘daily driver’ adalah sangat memuaskan dan kami tidak pernah tersangkut pada mana-mana tugas.
Walaupun diatas kertas Exynos 9825 adalah pemproses yang sedikit kurang kuasa berbanding Snapdragon 855, Samsung berjaya memastikan pengalaman menggunakan telefon pintar Galaxy Note10+ tidak terlalu berbeza mengikut cipset.
Stylus S-Pen
Apakah Galaxy Note kalau bukan S-Pen, kewujudan siri Galaxy Note dan stylus sudah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan namun setiap tahun S-Pen ini menjadi semakin pintar.
Seperti pada Galaxy Note9+, S-Pen boleh digunakan sebagai butang untuk mengambil gambar, menukar ke kamera selfie atau pun kamera belakang dan dengan sokongan Bluetooth, anda boleh mengambil gambar anda sendiri tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
Selain itu, fungsi biasa S-Pen seperti membuat nota, off screen memo, mod smart select, screen write (mengambil screenshot sebelum anda boleh menulis nota pada gambar tersebut), Live Message dan ciri terbaru AR Doodle.
S-Pen tahun ini hadir didalam warna biru tidak kira apa warna Galaxy Note10+ yang anda beli.
Kamera
Samsung Galaxy Note10+ nampaknya hadir dengan kamera yang hampir sama seperti generasi Galaxy Note sebelum ini dan Siri Galaxy S10 namun dengan beberapa penambahbaikan.
Sensor utama Samsung Galaxy Note10+ ini adalah unit 12MP yang sudah digunapakai sejaka Galaxy S9 yang mana ia hadir dengan aperture boleh ubah f/1.5 atau f/2.4 yang mana aperture f/2.4 adalah berguna pada pengambilan jarak dekat.
Sensor kanta lebar Galaxy Note10+ adalah unit 16MP yang diwarisi dari siri Galaxy S10 yang mempunyai sudut pandangan yang luas dan mungkin yang terluas ditawarkan pada telefon pintar setakat ini.
Sensor ketiga yang ingin kami perkatakan adalah sensor telefoto 12MP yang menawarkan pengzooman otpik sehingga 2x namun masih ketinggalan berbanding pencabar lain seperti Huawei P30 Pro.
Bahagian kamera ini disempurnakan dengan sensor kamera 3D ToF yang mana tugas utama adalah menawarkan ‘depth’
Antara mod kamera yang paling menarik perhatian kami adalah mod malam yang kini memberikan anda satu penyelesaian fotografi malam yang kini sudah boleh sekurang-kurangnya memberikan persaingan kepada ‘raja’ fotografi malam iaitu Huawei.
Kami sangat berpuashati dengan kualiti gambar waktu malam dan prestasi kamera Galaxy Note10+ ini secara keseluruhanya adalah menggagumkan.
Pada bahagian hadapan pula, Galaxy Note10+ hadir dengan tetapan kamera selfie 10MP yang diletakkan pada skrin yang ditebuk dan disebabkan inovasi ini, Samsung mungkin tidak menawarkan tetapan selfie dwi-kamera seperti pada Galaxy Note10+.
Aplikasi kamera Samsung Galaxy Note10+ ini adalah sama seperti semua telefon pintar Galaxy dan jika anda sudah biasa, tiada apa yang berbeza untuk kami perkatakan disini.
Bahagian video kini menawarkan pengambilan video potrait (latar belakang yang dikaburkan) yang dibantu oleh kamera ToF.
Bateri
Samsung Galaxy Note10+ hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas 25W dan 45W namun sedikit mengecewakan didalam kotak pengecasan hanya palam pengecas 25W disertakan yang memberikan anda jawapan jelas apa perlu anda lakukan untuk mendapatkan pengecasan yang lebih pantas.
Walaubagaimanapun, hasil ujian rawak kami mendapati pengecasan 25W ini juga sudah memadai bagi kegunaan harian kerana ianya mampu mencapai melibihi tahap 60% didalam masa 30 minit sahaja.
Samsung Galaxy Note10+ juga hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik yang dikenali sebagai Wireess Powershare.
Penutup
Samsung Galaxy Note10+ telah sekali lagi membuktikan bahawa ianya adalah telefon pintar produktiviti terbaik di pasaran dan dengan kelebihan S-Pen, Galaxy Note10+ mempunyai pangkalan pengguna setia mereka yang tersendiri.
Bagi pasaran Malaysia, Galaxy Note10+ ditawarkan didalam dua kapasiti storan dalaman iaitu 256GB yang ditawarkan pada harga RM 4,199 manakala versi 512GB pula akan menelan belanja RM 4,799 dan ianya bukan lah sesuatu yang murah.
Samsung Galaxy Note10+ ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu aura glow (warna yang kami dapat), aura black dan aura white.