Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan vivo Y11D pada harga RM 99 sahaja melalui Digi Postpaid 58

 

Vivo Y11D digi Malaysia
Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa satu promosi menarik dengan kerjasama Digi yang kini membolehkan anda memiliki Vivo Y11D yang bernilai RM 499 pada harga RM 99 sahaja.

Melalui pelan Digi Postpaid 58 (RM 58), anda boleh memiliki telefon pintat vivo Y11D ini dan pada yang sama menikmati panggilan percuma tanpa had dan 10GB kuota internet bulanan.

Menyentuh sedikit mengenai Vivo Y11D ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.35-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 438, 3GB RAM, 32GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Vivo Y11D juga memiliki tetapan dwi-kamera 13MP + 2MP dibelakang, kamera selfie 8MP, sokongan dwi-SIM dan FunTouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Vivo Y11D ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Mineral Blue dan Agate Red.

info lanjut di Digi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.