Xiaomi Mi 9 Lite akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 November ini dengan harga dari RM 1,199
Walaupun baru beberapa minggu lalu memperkenalkan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro ke pasaran Malaysia, Xiaomi kini telah mengumumkan Mi 9 Lite akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai 1 November ini dengan harga penjualan RM 1,199.
Berikut adalah spesifkasi Mi 9 Lite
- Skrin FHD+ dot drop AMOLED berukuran 6.39” dengan Corning Gorilla Glass 5
- Sensor capjari dalam skrin
- Qualcomm Snapdragon 710
- RAM – 6GB
- Storan dalaman 64/128GB UFS 2.1
- Bateri 4,030mAh Type-C 18W QuickCharge 4.0
- NFC / IR Blaster / bicu audio 3.5mm
- Kamera belakang : 48MP Sony IMX586 + 8MP ultrawide + 2MP depth
- Kamera selfie 32MP
Xiaomi Mi 9 Lite akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.
Versi 6/64GB akan ditawarkan pada harga RM 1,199 secara eksklusif di Lazada dan Shopee manakala versi 6/128GB akan ditawarkan di Mi Stor Malaysia, Lazada dan Shopee.
Pada 1 November ini, Xiaomi akan mengadakan penjualan khas di Mi Stor yang terpilih dimana setiap pembelian Mi 9 Lite akan menerima baucar Hermo MY bernilai RM 100.
Berikut adalah senarai Mi Stor yang akan menawarkan promosi ini :
– Mi Stor Bukit Tinggi (Klang)
– Mi Stor One Utama (Klang Valley)
– Mi Stor Mid Valley (Klang Valley)
– Mi Stor KLCC (Klang Valley)
– Mi Stor Pavilion (Klang Valley)
– Mi Stor D’Pulze (Cyber Jaya)
– Mi Stor Aman Central (Kedah)
– Mi Stor Sunway Carnival (Seberang Perai, Penang)
– Mi Stor Queensbay Mall (Penang)
– Mi Stor Ipoh Parade (Ipoh)
– Mi Stor Suria Sabah (Sabah)
– Mi Stor The Spring (Bintulu)
– Mi Stor Mid Valley South Key (JB)
– Mi Stor KB Mall (Kelantan)
– Mi Store Kuantan City Mall (Kuantan)