Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme XT bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Realme XT Malaysia
Selepas pelancaran realme 5 dan realme 5 Pro ke pasaran Malaysia awal bulan ini, pasti ramai yang beranggapan bahawa realme akan memfokuskan kepada dua produk ini buat sementara waktu.

ULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

Walaubagaimanapun, realme Malaysia nampaknya sudah mempunyai pelan untuk membawa masuk telefon pintar realme yang lebih premium.

Model yang kami maksudkan adalah realme XT yang merupakan telefon pintar pertama realme dengan sensor kamera 64MP.

Hunter Wang Realme Malaysia CEO

Ketua Pegawai Eksekutif realme Malaysia, Hunter Wang telah mula memuaturun memuat naik gambar yang diambil menggunakan telefon pintar ini di akaun Facebook peribadi beliau.

realme XT hadir reka bentuk yang dikenali sebagai 3D Hyperbola yang berasaskan gelas.

Terus kepada spesifikasi, realme XT hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.8-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.9%, pemproses Snapdragon 712 AIE, kapasiti RAM adalah sehingga 8GB manakala memori simpanan dalaman adalah 128GB.

10B0F8C6-4068-4B28-8CD3-97D24D8BEB2D.jpeg

Selain itu, realme XT juga memiliki tetapan quad-kamera iaitu satu sensor ISOCELL Bright GW1 64MP + sensor lensa lebar 8MP + sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

realme XT

571AC4F7-D5B4-441F-9522-4EC93FD7A9EF.jpeg

realme XT juga akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin (Goodix G3.0) yang merupakan yang terkini dan terpantas dipasaran, ColorOS 6 berasaskan Android Pie, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan VOOC 3.0 dan tidak lupa kamera selfie 16MP.

ED7F58C6-4319-4451-AC2E-5E41DAA02BFF.jpeg

Selain itu, realme XT hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru ‘pearl’ dan putih ‘pearl’.

Bagi pasaran India, realme XT ditawarkan pada harga dari INR 15,999 atau sekitar RM 941.

Di Malaysia realme XT mungkin ditawarkan pada harga tidak lebih dari RM 1,599 dan pelancaranya mungkin berlangsung sekitar bulan November-Disember 2019.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.