Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX 3 5G kini dibuka untuk pra-tempahan pad harga RM 3,899

Preorder Vivo NEX 3 Malaysia

Vivo NEX 3 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 17 Oktober dan ianya ajan menjadi telefon pintar pertama 5G di Malaysia.

Vivo Malaysia kini telah mengesahkan bahawa pra-tempahan NEX 3 telah dibuka dengan harga penjualan RM 3,899.

Vivo NEX 3 Malaysia

Hasil tinjauan kami mendapat pra-tempahan Vivo NEX 3 ini boleh dilakukan di stor atas talian Vivo MalaysiaLazada dan Shopee dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah misteri bernilai RM 299.

Terus kepada spesifikasi, Vivo NEX 3 hadir dengan skrin paparan melengkung Waterfall Fullview dengan nisbah skrin kepada badan 99.6%. Ianya adalah panel Super AMOLED dengan ukuran 6.89-inci.

Dengan sisi telefon pintar Vivo NEX kini adalah skrin, tiada sebarang butang fizikal namun ianya hadir dengan teknologi Touch Sense yang memberikan kesan seperti anda menyentuh butang fizikal.

Vivo NEX 3 juga hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama  64MP Samsung ISOCELL Bright GW1 + dua sensor 13MP yang meluputi aspek fotografi landskap (lensa-lebar) dan telefoto (potrait).

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Vivo NEX 3 hadir dengan kamera pop-up 16MP yang kini lebih lebar dan diletakkan dibahagian tengah.

Vivo NEX 3 5G kini dibuka untuk pra-tempahan pad harga RM 3,899 5

Vivo NEX 3 5G ini juga hadir dengan spesifikasi dalaman yang baik dimana pemproses Snapdragon 855 Plus disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB dengan 256GB storan dalaman.

Vivo NEX 3 5G kini dibuka untuk pra-tempahan pad harga RM 3,899 6

Vivo NEX 3 juga disertakan  dengan bateri berkapasiti 4,500mAH dan terdapat sokongan pengecasan pantas 22.5W.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.