Oppo Reno 2 dan Reno 2 F dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 1,599
Oppo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua telefon pintar Oppo Reno ke pasaran tempatan dengan harga penjualan dari RM 1,599 sahaja.
Oppo Reno2 telah memasuki pasaran Malaysia bersama-sama Reno2 F.
Berikut adalah spesifikasi Oppo Reno2.
- skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci ( nisbah skrin 89% dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 6)
- pemproses Snapdragon 730G
- 8GB RAM + 256GB memori simpanan dalaman
- tequad-kamera – sensor 48MP f/1.7 Sony IMX586 + sensor telefoto 13MP f/2.4 + ultra-lebar 8MP 116° darjah + sensor mono 2MP.
- Ultra Dark Mode + Ultra Steady Video.
- zoom hibrid 5x + zoom digital 20x, mod.
- bateri berkapasiti 4,000mAh + pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 (Type-C).
- kamera selfie pop-up shark fin 16MP
- ColorOS 6.1 – Android Pie
Oppo Reno2 ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Luminous Black dan Sunset Pink pada harga RM 2,299.
Oppo Reno2 F adalah varian didalam siri Reno yang lebih murah iaitu dengan harga dari RM 1,599 sahaja.
Berikut adalah spesifkasi Oppo Reno 2F
- skrin paparan 19:5:9 Super AMOLED berukuran 6.5-inci (lapisan gelas Corning Gorilla 5 dihadapan dan belakang)
- pemproses MediaTek P70
8GB RAM + 256GB memori simpanan dalaman.
quad-kamera – sensor utama GM1 48MP+ kanta lebar 8MP+ sensor potrait 2MP + sensor mono 2MP. - Ultra Night Mode 2.0
- kamera selfie 16MP
- Bateri 4,000mAh – type C VOOC 3.0
- ColorOS 6.1 (Android Pie)
Oppo Reno2 F pula akan ditawarkan dua warna iaitu Sky White dan Lake Green dengan harga penjualan RM 1,599.
Pra-tempahan bagi Oppo Reno2 dan Reno2 F boleh dilakukan di Lazada, Shopee, kedai konsep Oppo, syarikat telekomunikasi utama, Sengeng, SenQ dan DirectD.
Pra-tempahan akan dibuka mulai esok (sehingga 25 Oktober) dan setiap pembelian Oppo Reno2 atau Reno2 F akan menerima hadiah percuma bernilai RM 318 iaitu satu unit bag galas eksklusif Reno bernilai RM 199 dan waranti perlindungan skrin bernilai RM 119.