Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan melancarkan Galaxy Note 10 Lite dengan harga yang lebih murah

Samsung Galaxy Note 10 Lite Malaysia

Khabar angin mengenai pelancaran satu model telefon pintar Galaxy Note10 yang lebih mampu milik sudah lama diperkatakan dan khabar angin ini nampaknya semakin hampir untuk menjadi kenyataan.

Seperti anda sedia maklum, Siri Galaxy Note10 terdiri daripada dua model iaitu Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ dengan model ketiga yang akan ditawarkan adalah Galaxy Note10 Lite.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama Galaxy Note10 Lite telah dipilih oleh Samsung dan ianya akan mempunyai nombor model SM-N770F namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat spesifkasi varian Lite ini diketahui.

Dengan harga penjualan yang lebih berpatutan, Galaxy Note10 Lite dijangka akan hadir dengan skrin paparan yang lebih kecil (mungkin tiada punch hole display), tetapan kamera yang berlainan, bateri yang lebih kecil namun akan mengekalkan stylus S-Pen.

Pelancaran Samsung Galaxy Note10 Lite mungkin berlangsung didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.