Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 5 Pro habis dijual dalam masa 24 jam sahaja

realme malaysia
realme 5 Pro yang mula dijual secara rasmi di Malaysia sejak 12 Oktober telah mendapat sambutan yang menggalakan dari kalangan pengguna di Malaysia.

realme Malaysia telah mengesahkan bahawa kesemua stok realme 5 Pro di pasaran telah habis terjual didalam masa 24 jam sahaja.

Rata-rata pengguna di Malaysia telah beratur dari awal pagi untuk memiliki telefon pintar mampu milik yang hadir dengan tetapan quad-kamera 48MP ini.

realme 5 Pro telah dibuka untuk pra-tempahan sejurus selepas pelancaran rasmi di Malaysia selesai pada 3 Oktober yang lalu manakala penjualan eksklusif di Lazada telah bermula pada 10 Oktober.

realme 5 pro malaysia ulasan review

ULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

Momentum penjualan yang diterima realme 5 Pro ini dijangka akan diteruskan oleh realme 5 yang akan mula ditawarkan dipasaran Malaysia mula 17 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.