Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 8 kini di Malaysia pada harga serendah RM 499 sahaja

Xiaomi Redmi 8 Malaysia

Redmi 8 Malaysia


Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Redmi 8 akan memasuki pasaran tempatan dengan harga penjualan dari RM 499 sahaja.

Redmi 8 juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W QC 3.0 pada kelas harga ini iaitu bagi bateri berkapasiti 5,000mAh.

Beralih kepada spesifikasi lain, Redmi 8 akan hadir dengan skrin paparan Dot Drop berukuran 6.22-inci, pemproses Snapdragon 439, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 3/32GB atau 4/64GB dan sensor capjari dibelakang.

Redmi 8 juga hadir dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 5, kamera belakang 12+2MP, kamera selfie 8MP dan tidak lupa IR  blaster.

Xiaomi Redmi 8 Malaysia

Redmi 8 versi 4/64GB pada harga RM 599 akan ditawarkan mulai 12 Oktober di Lazada, Shopee dan stor fizikal Mi Malaysia di seluruh negara.

Setiap pembelian versi ini akan turut menerima satu unit Mi Compact Bluetooth Speaker 2 (RRP: RM 49)*.

Bagi versi 3/32GB yang akan ditawarkan pada harga RM 499, ianya akan mula memasuki pasaran pada 18 Oktober dengan penjualan secara eksklusif di Lazada dan Shopee.

Kedua-dua versi Redmi 8 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Onyx Black, Sapphire Blue, Ruby Red.

Beli Redmi 8 di Lazada

Beli Redmi 8 di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.