Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada harga berpatutan

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones

Baru-baru ini, fon telinga TWS (True Wireless Stereo) telah menjadi trend yang paling hangat dalam kalangan golongan muda.

Terdapat pelbagai reka bentuk, jenama dan gaya yang boleh dipilih dalam pasaran seperti Apple Airpods dan Xiaomi Airdots.

Anda juga boleh membeli satu dengan harga serendah $10 (RM 41), tetapi bagaimana kualitinya?.

Selain daripada reka bentuk, apa lagi yang boleh anda harapkan dari fon telinga TWS yang berharga $10 (RM 41) sahaja?

Jika anda menambah sedikit lebih lagi daripada $10 (RM 41), anda boleh mendapatkan model terbaru Tronsmart iaitu Tronsmart Spunky Beat.

Anda pasti akan dapat menikmati pengalaman audio yang hebat.

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada harga berpatutan 11

Cip Qualcomm® – Pendengaran Muzik yang Paling Lancar

Percaya atau tidak  Tronsmart menggunakan Cip Bluetooth Qualcomm untuk Spunky Beat walaupun harga penjualanya yang murah

Disebabkan cip ini, Spunky Beat mempunyai sambungan yang lebih stabil, transmisi yang lebih cepat, dan kependaman yang lebih rendah.

Anda akan dapat menikmati kualiti bunyi dan pendengaran yang lebih lancar.

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada harga berpatutan 12

codec aptX ™ – Bunyi Kualiti seperti CD
Aspek fon telinga yang paling penting tentulah bunyi

Tronsmart sentiasa menjalankan penyelidikan supaya menghasilkan fon telinga yang mampu memenuhi standard tinggi para peminat muzik.

Oleh itu, Spunky menggunakan codec Qualcomm aptX ™ kerana codec ini boleh menyampaikan bunyi berkualiti seperti CD.

Di samping itu, codec ini juga boleh menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan deep bass.

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada harga berpatutan 13

Pembatalan Kebisingan – Muzik yang Lebih Jelas Dengan teknologi Qualcomm® DSP & cVc ™ 8.0

Spunky Beat mempunyai fungsi pembatalan bunyi untuk menghasilkan kualiti audio yang lebih tinggi.

Anda tidak akan diganggu oleh persekitaran yang bising apabila membuat panggilan telefon atau mendengar muzik.

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada harga berpatutan 14

Bateri Bertahan Selama 24 Jam – Mendengar Muzik Sepanjang Hari

Kuasa bateri Spunky Beat memang mengejutkan bagi fon telinga yang begitu kecil dan ringan sahaja.

Anda boleh menikmati muzik selama 7 jam dengan Spunky Beat dan sehingga 24 jam dengan bekas pengecasan .

Selain itu, Spunky Beat juga boleh memainkan muzik selama 1 jam dengan hanya 5 minit pengecasan pantas.

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada harga berpatutan 15

Kabel Bersepadu – Pengecasan yang Lebih Mudah

Terdapat dua jenis sistem pengecasan yang anda boleh memilih.

Anda boleh mengecas Spunky Beat anda menggunakan kabel USB-A atau kabel USB-C yang termasuk dalam pakej fon telinga Tronsmart.

Misi Tronsmart adalah untuk menghasilkan produk yang dapat senangkan kehidupan anda, dan Tronsmart Spunky Beat adalah salah satu produk ini.

Jika anda tengah mencari wireless earbuds yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, Tronsmart Spunky Beat merupakan pilihan terbaik dalam pasaran!

Tronsmart Spunky Beat True Wireless Headphones akan memasuki pasaran pada bulan November dengan harga penjualan yang masih belum diumumkan namun ianya dijangka akan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.