Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video buka kotak Realme 5 Malaysia – quad-kamera, bateri 5,000mAh dan Snapdragon 665

Realme 5 Malaysia Unboxing
Minggu lalu kami telah melalukan sesi buka kotak Realme 5 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Oktober ini.

Selain Realme 5 Pro, Realme 5 akan turut dilancarkan pada tarikh yang sama dan ini adalah video unboxing Realme 5 di Malaysia

Realme 5 hadir dengan skrin paparan mini-drop HD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 (720×1600) dan pemproses Snapdragon 665.

Realme 5 hadir didalam tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 3/32GB, 4/64GB dan 4/128GB ( varian yang akan ditawarkan di Malaysia masih belum diketahui).

Siri Realme 5 merupakan model pertama syarikat untuk menampilkan pengunaan 4 kamera dibekalang.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 memiliki tetapan kamera utama 12MP f/1.8, sensor lensar lebar 8MP dengan 119-darjah FoV, sensor makro 2MP dan sensor depth juga pada resolusi 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang masih mengekalkan pengunaan slot microUSB.

Realme 5 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru kristal dan ungu kristal.

Tonton juga video buka kotak Realme 5 Pro :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.