Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A70s kini rasmi dengan sensor tri-kamera 64MP pada harga sekitar RM 1,718

Samsung Galaxy A70s Malaysia
Samsung Galaxy A70s kini rasmi dengan sensor tri-kamera 64MP pada harga sekitar RM 1,718


Anda mungkin ada membaca laporan kami mengenai penawaran beberapa model terbaru didalam siri Galaxy A iaitu A10s,
A20s, A30s dan A50s di Malaysia.

Kini Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy A70s dan ianya menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan sensor kamera 64MP Samsung Bright GW1.

Pada bahagian hadapan, tidak banyak yang membezakan antara Galaxy A70 dan Galaxy A70s, ianya hadir dengan panel waterdrop AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Pada bahagian belakang, Galaxy A70s memiliki reka bentuk geometri 3D Prism dengan kemasan berkilat.

Samsung Galaxy A70s Malaysia

Sensor kamera utama 64MP f/1.8 Samsung ini juga disertakan dengan sensor kanta lebar 8MP f/2.2 dan sensor kedalaman 5MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Dari segi spesifikasi dalaman, Galaxy A70s hadir dengan pemproses Snapdragon 675, 6 atau 8GB RAM dengan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Galaxy A70s juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut memiliki pengecasan pantas 25W dan tidak lupa OneUI yang berasaskan Android Pie.

Galaxy A10s kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 529

Samsung Galaxy A70s ini akan ditawarkan di pasaran India pada harga INR 28,999 bagi versi 6/128GB (RM 1,718) manakala versi 8/128GB pula ditawarkan pada harga INR 30,999 (RM 1841).

Buat masa ini masih belum ada maklumat penawaran di Malaysia namun kami pasti ianya akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.