Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dato’ Siti Nurhaliza mempamerkan potensi kamera selfie pop-up Vivo V17 Pro

Vivo V17 Pro siti nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza mempamerkan potensi kamera selfie pop-up Vivo V17 Pro

Vivo akan melancarkan telefon pintar selfie pop-up pertama didunia iaitu Vivo V17 Pro pada 1 Oktober ini.

Sebagai seorang duta Vivo yang paling lama berkerjasama, Dato Siti Nurhaliza akan  memeriahkan majlis pelancaran Vivo V17 Pro di Malaysia esok.

Dato Siti nampaknya telah mula menggunakan Vivo V17 Pro ini dan pada episod terbaru Big Stage musim kedua 2019, Dato Siti telah mengambil beberapa gambar selfie dengan penonton di studio.

Vivo V17 Pro Malaysia

Dengan menggunakan kamera hadapan Super Wide-Angle Vivo V17 Pro, Dato Siti Nurhaliza berjaya mengambil gambar selfie baik dan yang memuatkan kebanyakkan penonton di studio.

Selain daripada kamera hadapan 32MP + 2MP, Vivo V17 Pro juga hadir dengan tetapan 4 kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor kanta lebar 8MP + sensor bokeh 2MP + sensor super makro 2MP.

Nantikan maklumat harga dan promosi penjualan Vivo V17 Pro di mobilefokus esok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.