Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix Alpha kini rasmi – skrin fleksibel keliling peranti dan sensor 108MP

Xiaomi Mi Mix AlphaXiaomi secara rasminya telah melancarkan telefom pintar futuristik Mi Mix Alpha yang hadir dengan harga penjualan CNY 19,999 atau sekitar RM 11,760 mengikut kadar pertukaran matawang terkini.

Mi Mix Alpha Malaysia

Betul, kami tidak tersalah harga, Mi Mix Alpha adalah telefon pintar yang akan ditawarkan pada harga sekitar RM 11.7k dan ianya lebih mahal daripada dua lagi telefon pintar unik dipasaran iaitu Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X ( kedua-duanya adalah telefon pintar dengan skrin foldable).

Bercakap mengenai skrin paparan Mi Mix Alpha, ianya adalah satu lagi inovasi terbaru Xiaomi yang mendapat perhatian dunia.

Mi mix alpha

Mi Mix Alpha hadir dengan skrin paparan wrap-display yang menyaluti telefon pintar ini dan ianya memberikan nisbah skrin kepada badan 180.6% dengan ukuran skrin OLED ini adalah 7.92-inci dengan resolusi 2088 x 2250 piksel.Panel skrin mempunyai bezel berukuran 2.15mm pada bahagian atas dan belakang selain satu barisan pada panel belakang yang menempatkan modul tri-kamera Mi Mix Alpha ini.

Sisi skrin adalah sensitif tekanan dan akan memaparkan notifikasi manakala teknologi audio adalah “Display Acoustic Technology”.

Mi mix alpha

Selain itu, penawaran skrin yang mengelilingi peranti juga membolehkan anda mengambil selfie menggunakan sensor kamera 108MP yang juga merupakan sensor utama.

Bercakap mengenai sensor 108MP ini, ianya adalah sensor kamera yang hadir dengan teknologi Tetracell yang mengeluarkan gambar beresolusi 27MP, satu sensor kanta lebar 20MP dengan 117-darjah FoV manakala kamera telefoto adalah 12MP.

Xiaomi Mi Mix Alpha juga hadir dengan pemproses Snapdragon 855+, 12GB RAM, 512GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh jenis katod silikon nano dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Xiaomi juga telah mengambil perhatian khas didalam mengukuhkan peranti yang nampak ‘rapuh’ ini.

Rangka Mi Mix Alpha adalah diperbuat daripada aloi gred industri angkasa lepas manakala baris yang menempatkan modul kamera adalah yang diperbuat daripada seramik dengan kesemua lensa dilapisi gelas Sapphire.

Xiaomi Mi Mix Alpha dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.