Realme X2 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 730G dan quad-kamera 64MP
Selepas pelancaran Realme XT minggu lalu, Realme juga telah mengumumkan pelancaran Realme X2 ke pasaran China dan ianya berkongsi kebanyakkan spesifikasi Realme XT.
Realme X2 hadir dengan skrin paparan FHD+ Super AMOLED berukuran 6.4-inci lengkap dengan sensor capjari terbina pada skrin, pemproses Snapdragon 730G dengan dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 6/64GB dan 8/128GB.
Selain itu, Realme X2 juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP + sensor kanta lebar 8MP + sensor potret 2MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.
Realme X2 juga hadir dengan beberapa ciri kamera tambahan iaitu rakaman video pada sensor kanta lebar dan bokeh video ‘real-time’.
Realme X2 juga disertakan ColorOS 6, cip NFS dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0.
Realme X2 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Pearl White dan Pearl Blue dengn harga penjualan CNY 1,599 (RM 940) bagi versi 6/64GB dan CNY 1,899 (RM 1,116) bagi versi 8/128GB.
Realme X2 juga akan memasuki pasaran India pada bulan Disember sebagai Realme XT 730G.
Video buka kotak Realme 5 Pro Malaysia – dilancarkan bulan hadapan
Realme 5 dan Realme 5 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Oktober 2019