Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Mix Alpha akan memiliki hadir dengan sensor kamera 108MP

Xiaomi Mi Mix Alpha 108mp camera
Xiaomi akan mengadakan satu majlis pelancaran di China hari ini dan seperti kami laporkan sebelum ini, Mi Mix Alpha dan Mi 9 Pro akan menjadi watak utama didalam pelancaran ini.

Kurang 24 jam dari majlis pelancaran, Xiaomi telah mengeluarkan teaser terakhir mengenai telefon pintar Mi Mix Alpha ini dan ianya adalah sesuatu yang sangat penting.

Teaser terbaru Xiaomi di Twitter mengesahkan bahawa Mi Mix Alpha akan hadir dengan teknologi kamera melebihi 100MP dan sebagai pengganti kepada kamera DSLR.

Xiaomi Mi Mix Alpha
Contoh Gambar Yang Diambil Menggunakan Sensor 108MP

Pengesahan ini dengan jelas memberikan kita bukti bahawa Mi Mix Alpha akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan sensor 108MP sebagai sensor utama.

Apa pun kita tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan jawapan rasmi kerana pelancaran Xiaomi Mi Mix Alpha dan Mi 9 Pro akan berlangsung lewat hari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.