Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem VR HTC Vive Cosmos kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,699

HTC Vive Cosmos Malaysia

HTC Vive secara rasminya telah mengumumkan maklumat harga dan penawaran sistem VR Vive Cosmos yang terbaru di Malaysia.

Vive Cosmos merupakan sistem VR premium berasaskan PC yang menawarkan aksesibiliti dan pengunaan lebih mudah.

HTC Vive Cosmos

HTC Vive Cosmos kini telah mula ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 3,699 dan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Oktober ni.

Setiap pra-tempahan HTC Vive Cosmos sebelum 2 Oktober juga akan menerima 12-bulan langganan Viveport Infinity ( kod penebusan akan disertakan didalam kotak pembelian).

HTC Vive Cosmos

Viveport Infinity memberikan pengguna akses tanpa had kepada ratusan kandungan VR seperti aplikasi, permainan dan video seperti A Fisherman’s Tale, Fujii, and Ninja Legends serta kandungan video premium dari saluran terkemuka seperti GoPro, Discovery Channel, dan Animal Planet.

Pra-tempahan Vive Cosmos kini dibuka di www.vive.com/my-en, Lazada , Shopee

HTC Vive Cosmos

Selain itu, HTC Vive Cosmos akan mula dijual melalui stor seperti All IT Hypermarket, Impulse Internet Café, PC Image, Thunder Match dan Top Marco.

Maklumat lanjut boleh diketahui di
https://www.vive.com/my-en/cosmos/ atau hubungi wakil pengedar sah HTC iaitu VSTECS Astar di talian +603-6286 8222.

spesifkasi Vive Cosmos di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.