Nokia 110 dan Nokia 2720 Flip 4G kini di Malaysia pada harga dari RM 130 sahaja
Selain Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 yang ditawarkan pada harga dari RM 899, Nokia turut membawa masuk Nokia 110 dan Nokia 2720 Flip 4G ke pasaran Malaysia
Nokia 110 merupakan model telefon yang hadir untuk mengukuhkan lagi kedudukan Nokia sebagai pengeluar telefon ‘featured’ No.1 dunia.
Nokia 110 hadir dengan skrin QQVGA berukuran 1.7-inci, kamera qVGA, bateri 800mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari, slot microSD (32GB), 4MB ROM dan 4MB RAM.
Nokia 110 juga hadir dengan aplikasi pemain muzik, permainan ikonik Nokia iaitu Snake dan 4 lagi permainan tambahan.
Nokia 110 akan mula memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober dengan harga penjualan RM 120 sahaja
Nokia 2720 Flip 4G
Beralih kepada Nokia 2720 flip 4G, reka bentuk telefon ini mengingatkan kita zaman telefon boleh lipat yang sangat popular ketika itu.
Nokia 2720 Flip 4G ini hadir dengan dua skrin iaitu satu skrin QVGA berukuran 1.3-inci dibahagian luar dan satu skrin 2.8-inci dibahagian dalaman, pemproses Qualcomm Snapdragon 205, 512GB RAM, 4GB memori dalaman dan sokongan kad microSD.
Nokia Flip 2720 4G juga hadir dengan kamera 2MP yang disertakan dengan flash, WiFi, GPS, aplikasi Facebook dan WhatsApp terbina, papan kekunci fizikal, bateri 1,500mAh dan sistem operasi KaiOS.
Nokia 2720 Flip 4G kini ditawarkan di Malaysia ke dengan harga penjualan RM 359 didalam dua pilihan warna hitam dan kelabu.