Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A9 2020 akan dibuka untuk pra-tempahan esok dengan hadiah percuma bernilai RM 258

Oppo A9 2020 Malaysia

Oppo A9 2020 akan dibuka untuk pra-tempahan esok dengan hadiah percuma bernilai RM 258

Oppo A9 2020 yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia esok dan akan turut dibuka untuk pra-tempahan pada hari yang sama dengan setiap pra-tempahan awal akan menerima satu pakej hadiah yang bernilai RM 258.

Bagi yang membuat pra-tempahan Oppo A9 2020  anda akan menerima satu tahunan perlindungan skrin dan satu beg eksklusif Oppo.

Selain itu, Oppo juga telah mengumumkan bahawa Oppo A9 2020 akan turut hadir dengan pakej premium VIP khas untuk pembeli Oppo A9 2020 dikedai konsep Oppo.

Terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu pakej A yang memerlukan tambahan RM 169 manakala pakej B memerlukan tambahan RM 109 dari harga telefon pintar ini.

IMG_1979.jpeg

Pakej A menawarkan 1 tahun waranti perlindungan skrin + lanjutan waranti selama 1 tahun + baucar gelas skrin + baucar aksesori Oppo RM 10 x 2

Pakej B menawarkan tahun waranti perlindungan skrin + lanjutan waranti selama 1 tahun + baucar gelas skrin + baucar aksesori Oppo RM 10

Pakej Premium VIP ini boleh dilanggan sehingga 30 Oktober 2019.

Oppo A90 2020 Malaysia

Bercakap mengenai Oppo A9 2020, ianya akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Oppo A9 2020 juga akan hadir dengan tetapan quad-camera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor lensa lebar 8MP 119 darjah + sensor makro 2MP + sensor kedalaman 2MP selain kamera selfie 16MP.

Oppo A9 2020 juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, pembesar suara stereo Dolby Atmos, ColorOS 6.1 yang berasaskan Android Pie dan sensor capjari dibelakang.

Buat masa ini harga penjualan Oppo A9 2020 di Malaysia masih belum diketahui namun semua teka teki memgenai model ini akan terjawab didalam masa kurang dari 24 jam sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.