Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ini adalah Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro yang akan dilancarkan 19 September ini

Huawei Mate 30 dan mate 30 Pro Malaysia

Ini adalah Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro yang akan dilancarkan 19 September ini

Siri Huawei Mate 30 yang akan dilancarkan pada 19 September ini sudah pastinya merupakan antara majlis pelancaran yang ditunggu-tunggu kerana banyak perkara mengenai telefon pintar ini masih menjadi misteri.

Huawei Mate 30 Pro
Huawei Mate 30 Pro

Walaubagaimanapun reka bentuk Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro ini bukan salah satu daripada misteri itu kerana Evan Blass dari @evleaks telah mendedahkan kita sepenuhnya reka bentuk telefon pintar ini.

Huawei Mate 30 Pro

Selain itu, terdapat 4 warna yang akan ditawarkan pada Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro iaitu warna perak ‘Space Silver’, Ungu ‘Cosmic Purple’, Hitam dan Hijau ‘Emerald Green’

Menyentuh sedikit spesifikasi telefon pintar ini, Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro akan hadir dengan pemproses Kirin 990, pengunaan teknologi quad-kamera dengan dua sensor 40MP (sensor utama dan sensor kanta lebar) dan versi yang menawarkan sokongan 5G.

Huawei Mate 30

Walaubagaimanapun, masih terdapat keraguan apakah sistem operasi yang akan diguna pakai pada siri Huawei Mate 30 ini memandangkan Google dilaporkan telah menghentikan penawaran Google Services yang meliputi pelbagai aplikasi penting seperti YouTube, GMail, Play Store dan banyak lagi.

Selain Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro, Huawei juga akan melancarkan Huawei Mate 30 Porsche Design akan dikenali sebagai Huawei Mate 30 RS.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.