Oppo A9 2020 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran Oppo A9 2020 di Malaysia akan berlangsung pada 18 September ini.
Oppo A9 2020 merupakan telefon pintar terbaru Oppo yang telah hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu khususnya kerana pengunaan teknologi ‘quad-kamera’.
4 sensor kamera yang akan disertakan pada Oppo A9 2020 adalah sensor utama 48MP, sensor lensa lebar 8MP, sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.
Selain itu, antara spesfikasi Oppo A9 2020 yang diketahui buat masa ini adalah 8GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 5,000mAh dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.
Majlis pelancaran Oppo A9 2020 ini akan turut dihadiri oleh duta Oppo iaitu Ayda Jebat.
Maklumat penuh spesifikasi dan harga Oppo A9 2020 akan kami berikan kepada anda pada 18 September ini.