Digi akan membuka pra-tempahan bagi semua model iPhone 11 pada 20 September ini
Digi akan membuka pra-tempahan bagi semua model iPhone 11 pada 20 September ini
Syarikat telekomunikasi Digi secara rasminya telah mengesahkan bahawa pra-tempahan bagi ketiga-tiga model iPhone 11 yang dilancarkan semalam akan dibuka mulai 20 September ini.
Kita sudah sedia maklum bahawa penjualan rasmi Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan bermula pada 27 September yang mana ianya adalah yang terawal didalam sejarah penawaran iPhone di Malaysia.
Pelanggan Digi yang berminat memiliki iPhone melalui pelan pascabayar PhoneFreedom 365, anda boleh melakukan sedemikian dari 20 September 2019 di laman rasmi https://www.digi.com.my/
Buat masa ini Digi masih belum mendedahkan maklumat pelan dan harga iPhone yang akan ditawarkan melalui pelan DigiFreedom 365 ini.
Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max adalah lebih murah berbanding generasi lepas iaitu dari RM 3,399 sahaja.