Oppo A9 2020 akan hadir dengan tetapan kamera 48MP+8MP+2MP+2MP
Oppo A9 2020 akan hadir dengan tetapan kamera 48MP+8MP+2MP+2MP
Oppo dilihat sedang bersiap sedia untuk pelancaran Oppo A9 2020 di Malaysia dan terdapat kemungkinan pelancaran tempatan akan berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Oppo A9 2020 sebelum ini juga telah disahkan akan hadir dengan tetapan 4 kamera dibelakang, bateri 5,000mAh, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Oppo juga telah memberikan kita maklumat penuh sensor kamera yang akan digunakan pada Oppo A9 2020 ini.
Oppo A9 2020 disahkan akan memiliki sensor utama 48MP, sensor lensa lebar 119° 8MP, sensor monokrom 2MP dan sensor kedalaman 2MP.
Berdasarkan spesifkasi yang sudah diketahui buat masa ini, Oppo dilihat akan menawarkan satu peranti mampu milik dengan pakej yang serba lengkap.
Apa pun , kami akan berada di majlis pelancaran Oppo A9 2020 di Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi