Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A90 5G dilancarkan secara rasmi pada harga yang lebih mampu milik

Samsung Galaxy A90 5G

 

Samsung Galaxy A90 5G dilancarkan secara rasmi pada harga yang lebih mampu milik

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy A90 5G, telefon pintar kelas-pertengahan pertama yang menyokong rangkaian generasi baru ini.

Galaxy A90 5G menjadi telefon pintar keempat Samsung untuk menyokong rangkaian 5G selepas Galaxy S10, Galaxy Note10 dan Galaxy Note 10+ versi 5G.

Galaxy A90 5G malaysia

Samsung Galaxy A90 5G hadir dengan pemproses Snapdragon 855, 6 atau 8GB RAM dengan 128GB memori simpanan dalaman namun peliknya hanya versi 6GB disertakan dengan slot microSD yang menyokong tambahan 512GB memori.

Samsung Galaxy A90 5G Beralih kepada skrin, Galaxy A90 5G memiliki panel Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.7-inci dan ianya turu disertakan dengan sensor capjari terbina pada skrin dan terdapat potongan diatas untuk menempatkan kamera selfie 32MP.

Samsung Galaxy A90 5G Hands-on

Panel belakang Galaxy A90 5G adalah berasaskan gelas dengan corak dwi tona yang unik dan ianya turut menempatkan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 48MP, sensor lensa-lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP.

Samsung Galaxy A90 5G Malaysia

Samsung Galaxy A90 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W, Samsung DeX, OneUI berasaskan Android Pie.

Harga penjualan Galaxy A90 5G masih belum diketahui namun ianya akan ditawarkan di pasaran Korea Selatan sebelum ke pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.