Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K20 Pro mula menerima kemaksini Andorid Q

Redmi k20 Pro Android Q update Malaysia

Redmi K20 Pro mula menerima kemaksini Andorid Q

Sistem operasi terbaru iaitu Android Q telah mula ditawarkan secara rasmi dengan keutamaan sudah semestinya diberikan kepada pemilik telefon pintar Google Pixel.

Walaubagaimanapun satu kejutan yang tidak diduga adalah pengesahan bahawa telefon pintar killer flagship 2.0 iaitu Redmi K20 Pro juga telah mula menerima kemaskini Android Q pada hari pertama penawaran.

Pengesahan ini telah dibuat sendiri oleh Lei Jun melalui satu posting di Weibo dan Redmi harus diberikan pujian kerana mampu menawarkan Android Q yang berasaskan MIUI serentak dengan pengguna Google Pixel.

Jika anda tidak maklum, Redmi K20 Pro juga dijual sebagai Xiaomi Mi 9T Pro di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,599 sahaja.

Buat masa ini, hanya Redmi K20 Pro di pasaran China telah mula menerima Android Q manakala status penawaran kemaksini ini bagi Redmi K20 Pro dipasaran luar masih belum dapat dipastikan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.