Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 Pro akan ditawarkan pada harga RM 699 sempena penjualan Lazada 9.9

Realme 3 Pro RM 699 Lazada 9.9

Promosi bagi telefon pintar Realme dilihat tiada penamatnya dan ini semestiny sesuatu yang turut menguntungkan pengguna di Malaysia.

Sempena penjualan Lazada 9.9, Realme Malaysia telah mengumumkan tawaran menarik bagi telefon pintat terbaru Realme iaitu Realme 3 Pro dan Realme C2.

Pada 9 September 2019, Realme akan menawarkan Realme 3 Pro versi 6/64GB pada harga RM 699 sahaja yang mana ianya membolehkan anda berjimat sebanyak RM 200.

Untuk membolehkan anda memiliki Realme 3 Pro pada harga promosi ini, anda dikehendaki membayar deposit RM 69.90 mulai 27 Ogos ini sehingga 8 September sebelum membayar baik RM 629.10 pada 9 September kelak (deposit tidak akan dipulangkan).

Jika anda tidak mahu mengambil risiko membayar deposit terlebih dahulu, Realme tetap menawarkan Realme 3 Pro pada harga yang lebih murah berbanding harga asal iaitu hanya RM 749 ( penjimatan RM 150).

Realme C2 Malaysia

Selain itu, Realme C2 juga akan ditawarkan pada harga istimewa iaitu pada harga RM 329 sahaja (2/16GB) namun ianya terhad dari jam 12 tengahmalam sehingga 2 pagi – 9 September.

Selain itu, setiap pembelian mana-mana versi Realme C2 akan turut menerima satu kad microSD secara percuma.

Berikut adalah harga promosi bagi produk-produk Realme yang lain sepanjang tempoh penjualan Lazada 9.9 :

Pra-tempah sekarang di  http://bit.ly/rmlazada

Model & Variasi

Harga ketika Lazada 9.9

(RM)

Harga Penjualan Asal (RM)

realme 3 (3+32GB)

RM 499 + Speaker

RM 599

realme 3 (4+64GB)

RM 699 + Speaker

RM 699

realme 3 Pro (4+64GB)

RM 699 + kotak hadiah (pra-jualan)

RM 749 (pada 9.9 buy tanpa promosi pra-jualan)

RM 899

realme 3 Pro (6+128GB)

RM 999 + kotak hadiah

RM 1099

realme C2 (2+16GB)

RM 339 + Kad microSD

RM 329 (12am-2am)

RM 429

realme C2 (2+32GB)

RM 399 + Kad microSD

RM 399

realme C2 (3+32GB)

RM 448 + Kad microSD

RM 499

Bekas realme 3

RM 19

RM 29

realme x mmmstu6io

t-shirt

RM 69

RM 99

realme tech bag

RM 149

RM 199

realme buds

RM 39

RM 3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.