harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo S1 pada harga RM 1 dengan pelan MaxisOne 158

Vivo S1 MaxisOne 158

Vivo S1 yang dilancarkan di Malaysia sebelum ini kini boleh dimiliki pada harga RM 1 melalui pelan Maxis OnePlan 158.

Pelan Maxis OnePlan 158 ini menawarkan anda panggilan dan SMS tanpa had percuma ke semua rangkaian selain 50GB internet pada harga RM 158 sebulan.

Bercakap mengenai spesifikasi, Vivo S1 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Halo FullView berukuran 6.38-inci yang mana ianya adalah skrin dew-drop beresolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 90%.

winner78

Vivo S1 juga telah disertakan dengan sensor capjari terbina pada skrin yang dikatakan mampu membuka peranti didalam masa 0.42 saaat dan terdapat juga sokongan mod skrin ‘Always On’.

Vivo s1 malaysia price

Takukan pada Vivo S1 ini menempatkan kamera selfie 32MP dengan pelbagai sokongan seperti AI Face Beauty, AR Selfie dan banyak lagi.

Beralih kepada bahagian pemproses, Vivo S1 hadir dengan pemproses 8-teras MediaTek Helio P65 berkelajuan 2.0GHz, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Vivo s1 malaysia camera

Pada bahagian belakang, Vivo S1 hadir dengan tetapan tri-kamera Sony IMX499 16MP + sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

Vivo S1 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging (microUSB).

Vivo S1 juga hadir dengan mod gaming Ultra Game Mode dan UI FunTouch OS berasaskan Android Pie.

maklumat lanjut mengenai pelan MaxisONE bagi Vivo S1 boleh diketahui di sini

harimaubet