Xiaomi Mi 9T Pro kini di Malaysia – SD855, bateri 4,000mAh pada harga RM 1,599 sahaja
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Xiaomi Mi 9T Pro ke pasaran dan ianya adalah Redmi K20 Pro yang dilancarkan ke pasaran China sebelum ini.
Xiaomi Mi 9T Pro kini telah disahkan memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,599 sahaja
Xiaomi Mi 9T Pro memiliki skrin paparan OLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi FHD+ dan sensor capjari terbina pada skrin (kepadatan piksel 401 ppi).
Xiaomi Mi 9T Pro hadir dengan pemproses kelas flaghsip Snapdragon 855, dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB dengan tiga pilihan memori dalaman iaitu 64GB,128GB dan 256GB.
Bercakap mengenai kamera, Xiaomi Mi 9T Pro juga memiliki kamera 48MP Sony IMX586, sensor kanta lebar 13MP dan sensor telefoto 8MP. Kamera ini juga membawakan rakaman video gerak perlahan 960fps.
Kamera selfie Xiaomi Mi 9T Pro adalah unit kamera AI 20MP dengan mekanisma kamera terangkat.
Xiaomi Mi 9T Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W namun didalam kotak hanya disertakan palam pengecas 18W.
Xiaomi Mi 9T Pro juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair grafit, NFC, MIUI 10 dan GAME Turbo 2.0
Xiaomi Mi 9T Pro ini hadir dengan harga penjualan seperti berikut :
• Xiaomi Mi 9T Pro 6GB/64GB – RM 1599
• Xiaomi Mi 9T Pro 6GB/128GB – RM 1799
*warna putih mutiara akan turut ditawarkan (6/64GB) hanya di stor fizikal Xiaomi
Penjualan di Lazada, Shopee dan stor rasmi Mi di seluruh negara akan bermula pada 30 Ogos ini.
Xiaomi Mi 9T Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga dari RM 1,499 sahaja