Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5T akan dilancarkan secara rasmi 27 Ogos ini

 

Huawei Nova 5T Malaysia

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran global Nova 5T akan diadakan di Malaysia pada 27 Ogos ini.

Walaupun masih menjadi misteri, Huawei Nova 5T dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Honor 20 dan ianya juga telah membuat penampilan sulunh di KLFW.

Jika tepat, Huawei Nova 5T akan  hadir dengan skrin paparan hole punch berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.76%.

Huawei Nova 5T juga memiliki pemproses Kirin 980 dengan teknologi dwi-NPU dan GPU Turbo 3.0 yang menyokong hampir 25 permainan video terkemuka ( kapasiti RAM dan memori dalaman mungkin berbeza dari Honor 20).

Huawei Nova 5T  juga dijangka hadir dengan sensor capjari pada bahagian sisi.

Seperti Honor 20 , Nova 5T juga akan hadir dengan kamera Sony IMX586 48MP f/1.8, sensor lensa lebar 16MP f/2.2, sensor kedalaman 2MP f/2.4 dan sensor macro 2MP f/2.4 selain kamera selfie 32MP.

Nova 5T juga turut memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh dan ianya turut memiliki teknologi pengecasan 22.5W Honor SuperCharge.

Kami akan memberikan anda laporan penuh spesifkasi dan harga dari majlis pelancaran global Nova 5T pada 27 Ogos ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.