Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9T Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga dari RM 1,499 sahaja

Mi 9T Pro Global Store Shopee Malaysia Xiaomi Mi 9T Pro yang baru dilancarkan secara rasmi kini turut akan ditawarkan di Shopee melalui stor rasmi Mi Global yang mana telefon pintar anda akan dihantar terus dari China (dengan waranti rasmi Xiaomi Malaysia).

Xiaomi Mi 9T Pro Hand-On Review Malaysia

Bagi anda yang tidak boleh menunggu sehingga 30 Ogos 2019, Mi 9T kini sudah boleh dibeli namun Shopee akan mengadakan satu penjualan khas ‘Shocking Sale’ jam 12 tengahari ini pada harga RM 1,499 sahaja (versi 6/64GB sahaja)

Selain itu, Shocking Sale kedua Xiaomi Mi 9T Pro di Shopee akan berlangsung tengah malam ini dan ianya hanya tertakluk bagi versi 6/64GB.

Mi 9T Pro versi 6/128GB pula akan ditawarkan pada 30 Ogos dan setiap pembelian di Shopee akan menerima satu utas jam kecergasan Mi Band 3 secara percuma dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja ( RM 1,799 bagi pembelian di stor rasmi fizikal dan wakil penjualan yang sah).

Shopee live unboxing Mi 9T Pro

Xiaomi juga telah mengumumkan siaran langsung Shopee Live pada 27 Ogos (8 malam) dimana sesi ‘unboxing’ Mi 9T Pro akan dibuat dan terdapat juga hadiah percuma untuk di menangi.

Shopee Malaysia Mi 9T Pro Global Store

Anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menjadi ‘followers’ kepada stor Xiaomi Global di Shopee.

Xiaomi telah melancarkan Mi 9T Pro ke pasaran Malaysia pada harga RM 1,599 sahaja

Xiaomi Mi 9T Pro (6GB + 64GB)

Xiaomi Mi 9T Pro (6GB+128GB)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.