harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX 3 dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober

Vivo NEX 3 Malaysia

Telefon pintar siri Vivo NEX merupakan siri kelas flaghsip Vivo dan selepas melihat pelbagai teaser mengenai generasi baru telefon pintar NEX, kini terdapat laporan baru yang mengatakan pelancaran global Vivo NEX 3 akan diadakan pada bulan Oktober 2019.

Menurut sumber Weibo, Vivo NEX 3 akan hadir dengan reka bentuk skrin ‘air terjun’ yang mana ianya merujuk kepada reka bentuk kedua-dua sisi skrin yang melengkung seperti air terjun.

Pengunaan skrin ‘waterfall’ ini juga menyingkirkan pengunaan butang fizikal pada kedua sisi dan mungkin digantikan dengan butang sesentuh.

winner78

Vivo NEX 3 Malaysia

Skrin ini, tidak mempunyai sebarang bezel untuk menempatkan kamera selfie yang memberikan indikasi pengunaan sensor kamera didalam skrin paparan.

Selain itu, pengarah produk Vivo NEX, Li Xiang juga telah memuatnaik lakaran kasar Vivo NEX 3 yang mendedahkan pengunaan tetapa tiga kamera dibelakang.

Modul kamera ini adalah diinspirasikan dari jam mekanikal dan Vivo NEX 3 ini juga akan hadir dengan satu versi 5G.

Dengan pelancaran Vivo iQOO Pro juga dengan sokongan 5G, teknologi 5G dilihat lebih maju dan terbaik dan ianya juga telah mendapat pensijilan 3C.

Walaubagaimanapun, reka bentuk akhir Vivo NEX 3 mungkin sedikit berbeza dan Vivo Malaysia juga belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai telefon pintar terbaru NEX ini.

harimaubet