Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan diskaun RM 100 bagi pembelian telefon pintar Vivo bulan ini

Merdeka vivo malaysia

Selepas promosi kemerdekaan yang diumumkan oleh Oppo dan Realme, kini tiba giliran Vivo pula mengumumkan promosi khas yang boleh dinikmati dari 19 Ogos sehingga 2 September 2019.

Promosi Kemerdekaan Vivo ini menawarkan diskaun sebanyak RM 100 bagi pembelian telefon pintar didalam siri Vivo V15 dan syarat untuk melayakkan anda menikmati promosi ini adalah anda lahir didalam bulan Ogos ini.

Dua model siri Vivo V15 yang layak menikmati diskaun RM 100 ini adalah Vivo V15 dan Vivo V15 Pro versi 8GB RAM

Harga selepas potongan bagi Vivo V15 adalah RM 1,199 manakala Vivo V15 Pro 8GB RAM pula ditawarkan pada harga RM 1,799.

Maklumat lanjut di vivo Malaysia di Facebook dan  laman rasmi Vivo .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.