Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A10s kini rasmi dengan bateri 4,000mAh dan skrin Infinity-V

Samsung Galaxy A10s Malaysia

Samsung Galaxy A10s Malaysia

Samsung Galaxy A10s kini rasmi dengan bateri 4,000mAh dan skrin Infinity-V

Selepas pelancaran Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ minggu lalu, Samsung kini telah mengumumkan Galaxy A10s yang merupakan telefon pintar kelas ‘entry-level’ terbaru menggantikan Galaxy A10.

Samsung Galaxy A10s Hands on

Samsung Galaxy A10s hadir dengan skrin paparan IPS Infinity-V berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses 8-teras, 2GB RAM,  32GB memori simpanan dalaman dan sensor capjari dibelakang (Galaxy A10 tidak mempunyai sensor capjari).

SAmsung Galaxy A10s Red

Bercakap mengenai kamera, Galaxy A10s hadir dengan tetapa dwi-kamera 13MP f/1.8 dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah unit 8MP dengan aperture f/2.0

Samsung Galaxy A10s hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sistem operasi OneUI yang berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A10s Malaysia

Samsung Galaxy A10s ditawarkan didalam 4 warna iaitu biru, hitam, hijau dan merah.

Harga dan tarikh penjualan masih belum diketahui namun ianya dijangka tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga dibawah RM 500- RM 600.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.