Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CHOETECH menawarkan pelbagai aksesori telefon pintar pada harga yang sangat berpatutan dan ini adalah 2 aksesori yang telah kami cuba

CHOETECH Malaysia

CHOETECH, jenama baru yang semakin mula mendapat tempat dikalangan pengguna.

CHOETECH adalah syarikat yang mengeluarkan pelbagai aksesori bagi telefon pintar dan kami telah menerima satu unit palam pengecas dinding 6 slot yang hadir dengan dua slot pengecasan USB-C dan 4 slot ‘Smart Charge’ dengan output maksima 5V/2.4A.

CHOETECH Malaysia 55w charging station

Palam pengecas 6 slot ini mampu memenuhi keperluan satu keluarga yang sudah pasti ada pengguna Android, iPhone, iPad dan banyak lagi.

Dengan mampu memenuhi keperluan tenaga semua pengguna, palam CHOETECH ini sudah pastinya berguna apabila anda keluar bercuit bersama keluarga kerana setiap orang tidak perlu membawa palam pengecas dan memadai untuk membawa kabel sahaja.

CHOETECH Malaysia

Sokongan pengecasan  (USB-C) ini boleh digunakan bersama peranti seperti 2018 iPad Pro, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Selain telefon pintar Android yang kebanyakkanya hadir dengan slot USB-C.

CHOETECH Malaysia

Bercakap memgenai reka bentuk pula, palam CHOETECH Multi-Port ni hadir dengan reka bentuk yang ergonomik dengan mementingkan aspek keselamatan pengguna.

CHOETECH Malaysia

Pada panel yang mengelilingi palam pengecasan ini, CHOETECH telah menggunakan bahan ABS kalis kebakaran dan terdapat lampu indikasi yang menunjukkan pengecasan sedang berfungsi.

Ianya hadir dengan getah anti-calar dan permukaan yang di cat (cat minyak).

Palam CHOETECH juga hadir dengan dok khas untuk memberikan satu asas yang kukuh.

Teknologi pengecasan ‘Smart Charge’ yang disertakan pada stesten pengecas ini secara pintar mengesan peranti anda dan menawarkan tahap kelajuan pengecasan yang maksima.

Beli Stesen pengecas CHOETECH TC42C 55Watt pada harga $32.47 (RM 136) di laman sesawang rasmi CHOETECH.

CHOETECH Malaysia

Selamat dan dipercayai

Palam pengecas 6 slot CHOETECH ini telah mendapat pensijilan FCC, CE dan RoHS.

Selain itu, setiap slot ini juga dilindungi dengan satu cip yang pintar dan bahan yang digunakan adalah yang premium dan terbaik dipasaran .

CHOETECH Malaysia Usb c to hdmi adspter

kabel USB Type C ke HDMI dengan port pengecasan 60W PD.

Selain palam pengecas ini, CHOETECH turut memberikan kami kabel USB Type C ke HDMI dengan port pengecasan 60W PD.

CHOETECH Malaysia

Ianya membolehkan anda menyambung apa-apa peranti dengan slot USB-C ke paparan HDMI tanpa memerlukan sebarang wayar tambahan.

CHOETECH Malaysia

Selain itu, kabel ini juga hadir dengan satu slot pengecasan yang menyokong pengecasan pantas Power Delivery 60W dan ianya boleh digunakan serentak ketika audio dan visual definisi tinggi sedang dihantar ke peranti HDMI.

CHOETECH Malaysia

Kabel ini menyokong video pada definisi UHD 4K@60Hz atau 1080p (720/480/360p) dan pengunaan salutan emas pada bahagian penyambung memastikan kabel ini tidak mudah karat, tahan lama dan pretasi yang konsisten.

CHOETECH Malaysia

CHOETECH Malaysia

Kabel ini boleh digunakan bersama 2018 iPad Pro, 2018 / 2017 / 2016 MacBook Pro, Surface Book 2, 2017 iMac, 2017/2016/2015 MacBook, Samsung Galaxy S8 / S9 / Note 8, HTC U11, Pixelbook, Dell XPS 15 / XPS 13, HP Envy 13, HP Spectre X360, Chromebook, Chromebook Pixel dan banyak lagi.

CHOETECH Malaysia

Seperti palam pengecas 55W CHOETECH, kabel USB-C ke HDMI ini juga hadir dengan waranti selama 18-bulan

Beli kabel USB Type C ke HDMI dengan port pengecasan 60W PD pada harga $31.19 (RM 130) di lamansesawang rasmi CHOETECH.

CHOETECH Malaysia Official store lazada

Selain itu, bagi memudahkan pembelian produk-produk menarik CHOETECH, syarikat ini kini telah membuka stor flagship atas talian di Lazada Malaysia.

lawati stor CHOETECH di Lazada

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.