harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei melancarkan EMUI 10 berasaskan Android Q

Huawei EMUI 10

Huawei melancarkan EMUI 10 berasaskan Android Q

Selain pelancaran HarmonyOS, Huawei juga telah mengumumkan generai terbaru EMUI mereka yang kini memasuki edisi ke-10.

Sistem operasi ini akan berasaskan Android Q yang hadir dengan ‘dark mode’, prestasi yang lebih pantas dan beberapa ciri baru.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Bercakap mengenai reka bentuk, EMUI akan hadir dengan bentuk ikon aplikasi yang lebih bulat dan animasi baru manakala mod ‘gelap’ pula kini turut boleh digunakan pada semua aplikasi pihak ketiga yang dimuat turun.

EMUI 10 juga membawakan beberapa gaya jam dan kalendar selain pilihan untuk menggunakan mod skrin ‘always on’.

Bercakap mengenai prestasi, EMUI 10 akan Lebih responsif dengan pengumuman sistem fail EROFS yang menawarkan interaksi yang lebih pantas dan GPU Turbo 3.0 untuk prestasi gaming yang lebih tinggi.

Selain itu, Huawei juga telah mengumumkan mod
PC yang membolehkan sambungan dua telefon pintar secara serentak yang dikenali sebagai Multi-Screen.

Anda boleh secara terus mengakses dan memindahkan fail dan membalas mesej yang diterima dari komputer.

Huawei EMUI 10 akan dilancarkan bersama-sama siri Huawei Mate 30 namun pengguna siri Huawei P30 akan mula menerima kemaskini terbaru ini mulai 8 September.

harimaubet