Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar quad-kamera 64MP Realme akan dikenali sebagai Realme 5

Realme 64Mp quad kamera

Telefon pintar quad-kamera 64MP Realme akan dikenali sebagai Realme 5

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai kemungkinan Realme melancarkan telefon pintar pertama didunia dengan sensor kamera 64MP pada 8 Ogos ini.

Walaubagaimanapun Realme nampaknya hanya akan mempamerkan teknologi kamera pada 8 Ogos ini dengan pelancaran rasmi telefon pintar akan berlangsung tidak lama selepas itu.

Selepas pelancaran Realme 3 dan Realme 3 Pro, ramai yang beranggapan bahawa Realme 4 akan menjadi nama pilihan bagi telefon pintar 64MP Quad-kamera ini.

Walaubagaimanapun, pengunaan angka 4 yang dianggap tidak bertuah di negara China nampaknya akan menyebabkan Realme melangkah dari angka 4 terus ke angka 5.

Selain itu, nama baru akaun Twitter rasmi CEO Realme India, Madhav Seth juga secara tidak langsung mengesahkan bahawa telefon pintar tersebut akan di kenali sebagai Realme 5.

Madhav telah menukar nama akaun Twitter beliau kepada Madhav 5 Quad yang diubah sebagai strategi pemasaran yang unik dan ini bukan kali pertama Madhav mengubah nama akaun Twitter beliau.

Bercakap mengenai Realme 5 ini, telefon pintar pertama dengan sensor kamera 64MP ini dijangka akan dilancarkan ke pasaran India terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.