harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A3 dilancarkan dengan skrin OLED dan sensor kamera utama 48MP

Xiaomi Mi A3

Xiaomi Mi A3 dilancarkan dengan skrin OLED dan sensor kamera utama 48MP

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru telefon pintar Android One mereka iaitu Mi A3 dan ianya adalah Mi CC9e tanpa sebarang perubahan kecuali pada nama.

Xiaomi Mi A3

Terus kepada spesifikasi, Mi A3 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci yang dilapisi Corning Gorilla Glass 5 namun ianya hanya menawarkan resolusi HD+ 720 x 1560 yang mana resolusi skrinya adalah lebih rendah berbanding Mi A2 dan Mi A2 Lite.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Xiaomi Mi A3 Malaysia

Walaubagaimanapun, Xiaomi mengikut trend semasa dengan menawarkan teknologi sensor capjari terbina didalam skrin.

Mi A3 hadir dengan pemproses Snapdragon 665, 4GB RAM dengan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Xiaomi Mi A3 Malaysia

Bahagian kamera Mi A3 telah mendapat penambahbaikan yang besar dimana ianya memiliki satu sensor Sony 48MP f/1.7, sensor lensar lebar 118° 8MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Xiaomi Mi A3

Selain itu, Mi A3 juga hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,030mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui slot USB-C namun hanya plak 10W disertakan bersama pembelian.

Mi A3 juga hadir dengan slot microSD, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-SIM.

Xiaomi Mi A3 Malaysia

Mi A3 ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan kelabu dengan harga penjualan €249 (RM 1,147) bagi versi 4/64GB dan €279 (RM 1288) bagi versi 4/128GB.

Penjualan antarabangsa Mi A3 dijangka bermula didalam masa terdekat.

Mi A3 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.

Xiaomi Mi A3 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM 1,098

sumber

harimaubet