Telefon pintar dengan sensor kamera 108MP akan dilancarkan tahun hadapan
Telefon pintar dengan sensor kamera 108MP akan dilancarkan tahun hadapan
Akaun twitter IceUniverse yang sudah terkenal dengan menerima maklumat dalaman mendakwa bahawa telefon pintar dengan sensor kamera 108MP dan zoom optik 10x akan dilancarkan tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai syarikat manakah yang akan mengeluarkan telefon pintar dengan sensor kamera gergasi seperti ini ke pasaran.
Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan sensor kamera 64MP pertama didunia
Dakwaan ini juga disokong oleh Credit Suisse yang menerbitkan laporan pada bulan Mac yang lalu dengan dakwaan kita akan menyaksikan telefon pintar dengan kamera 65MP pada 6 bulan terakhir 2019 dan telefon pintar dengan kamera 108MP pada 2020. Selain itu, Qualcomm juga membuat ramalan yang hampir sama mengenai telefon pintar dengan kamera 64MP dan 100MP.
Setakat ini masih belum ada syarikat yang mengumumkan mereka sedang membangunkan sensor 108MP dengan sensor kamera tertinggi adalah 64MP dan ianya dikeluarkan oleh Samsung.
Bahagian kamera pada kebanyakkan tahun ini didominasi oleh sensor kamera 48MP yang dikeluarkan oleh Sony dan Samsung dan tidak mustahil salah satu daripada syarikat ini juga akan mengeluarkan sensor kamera 108MP.
By the way, next year you will see on your smartphone: a 10x optical zoom camera and a 108MP camera. pic.twitter.com/885cwXHPQe
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) July 16, 2019