Oppo Reno 10x Zoom Edisi Terhad FC Barcelona Dilancarkan
Oppo Reno 10x Zoom Edisi Terhad FC Barcelona Dilancarkan
Oppo, rakan global kelab bola sepak terkemuka dunia FC Barcelona mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Sempena dengan perjanjian terbaru ini, Oppo telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru Oppo didalam satu edisi khas kelab bola sepak ini.
Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno 10x Zoom Edisi Terhad FC Barcelona di satu majlis pelancaran yang telah diadakan di stadium kelab FC Barcelona ini iaitu Nou Camp.
Bercakap mengenai Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini, ianya hadir dengan kombinasi warna tradisional kelab bola sepak ini iaitu biru dan merah dengan latar belakang logo FC Barcelona yang kabur selain satu lagi ukiran logo kelab dibahagian bawah panel belakang.
Selain itu, Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini hadir didalam kotak khas, bekas perlindungan peranti khas, kabel pengecasan Oppo VOOC (warna biru+hitam), kad manual pengunaan didalam warna FC Barcelona dan plak pengecasan didalam warna hitam.
Selain itu, Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini jugak mempunyai gambar latarbelakang eksklusif FC Barcelona, ikon seperti bola sepak, tona deringan lagu tema kelab dan bunyi stadium kelab ini.
Bercakap memberikan spesifikasi dalaman, Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini hadir dengan spesifikasispesifikasi yang sama seperti versi Oppo Reno 10x Zoom yang biasa dengan kapasiti dalaman adalah RAM dan ROM adalah 8/256GB.
Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini disahkan akan memasuki pasaran Eropah (26 Julai), Asia Tenggara dan Asia Pasifik tidak lama lagi.
Harga penjualan Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini di pasaran Eropah adalah €899 atau sekitar RM 4,141.